Saturday, November 07, 2009

Restoran "Kampung Daun"

Kali ni aku nak kenalkan Kampung Daun.
Actually, ni kira satu tempat unik yg ada kat Bandung. Jauhnya sekitar 30km dr bandar Bandung. Sebuah Restoran masakan Sunda kalau tak silap aku. Dekorasi ala2 natural hutan hijaau bersama deruan Air Sungai yg mengalir di kiri dan kanan. Environment dia memang syiokkk. Kat Malaysia, aku tak sure ader ker tak, tp setahu aku, memang tak der yg seperti ni.
Sebelum dptkan Gazebo atau Wakaf tempat nak makan, kena dtg dan buat registration dulu. Lepas tu baru la di bawa sampai ke wakaf tertentu. Ambik order dan tukang ambik order (waiter) akan trus order pakai Walkie Talkie. Ni smua kerana jarak tempat makan dgn dapur memasak agak jauh. Pun gitu, tak sampai 15 minit, smua yg di order sudah sampai dan terhidang. Cepatkan???
Ni tempat memang best. Bleh tenangkan fikiran, release tension dan makan dgn aman. Bleh feel apa yg kita makan skali. Lps makan, bleh rileks untuk lepaskan kekenyangan yg ada, bleh baca buku atau paper dan bleh duduk sampai lak tempat tu tutup kul 10.00pm.
Menu masakan, smua enak2. Harga jauh lebih murah dr restoran2 sekitar KL. Bleh try Menu of the Day yer...

Kampung Daun


Registration Counter




Tangkuban Parahu

Ni kali kedua aku ke Tangkuban Parahu.
Dulu, Jan 2007 aku bersama geng2 opis telah ke sini. Dah memang tarikan utama Bandung. Kalau ke sini mesti kena singgah. View cantik, pengalaman melihat Gunung Berapi dan jugak bleh bau sulfur yg ada sekitar Gunung.
Keadaan sini aku rasa jauh berbeza dr dulu. Penjaja yg duk ikut kitaorg dr turun Van sampai la aku stop minum2 dan kembali ke Van, sungguh buat kami tak selesa. Tips yg berguna, kalau di offer barangan, katakan saja TIDAK. Jgn ckp "tunggu", "nanti", "kemudian". Kalau tidak, hingga mana2 pun diorang sanggup ikut.

Suhu memang sejuk. Walaupun panas matahari atas kepala, korang takkan rasa sangat. Majoriti memang akan memakai baju sejuk atau jaket. Kalau yg jenis tak tahan sejuk, make sure pakai 2 lapis.

Rimas pasal budak2 yg menjaja kat situ, sejam jer kami lepak sana. Lepas minum air kelapa, kami trus ke destinasi lain.

Berlibur ke Bandung - Part2 Tangkuban Parahu Pics


Friday, November 06, 2009

Berlibur ke Bandung - Part1



Baru lepas ke Kuching, minggu ni kami ke Bandung pulak.

Menjenguk kota Bandung yg femes dgn pusat beli-belah yg murah murah. Kalau dulu aku bersama geng2 satu opis, skang aku dtg skali lagi membawa wife dan anak2.
Hampir 2 tahun lepas masa aku dtg ke Bandung, skang tiba lagi ke sini. Mcm tak byk yg berubah. Sesak seperti dulu. Cuma kali ni jadual aku ringan sikit. Pasal? Aku aturkan sendiri jadual dgn supir serta Van yg di tempah.

Dr LCCT gerak jam 9.00am dan sampai tgahri ni Bandung. Airportnya HuseinSastranegara. Nama cukup gah bg kalangan rakyat Indonesia. Selamat sampai setelah hampir 2 jam menaiki AirAsia QZ Indonesia. Kalau dulu kami naik AirAsia Malaysia, tp skang, cuma AirAsia QZ sajer yg beroperasi dr KL ke Bandung.

Sudah selesai urusan Imigresen dan Kastam, kami trus di sapa oleh Pak Ajis. Wahhh, terer betul Pak Ajis. Camana dia bleh kenal aku??? Suprise sungguh. Rasanya aku tak penah kasi gambar aku kpd agen kat Bandung.
Apapun aku dah lega, takyah nak tunggu lama, trus masuk ke Van Daihatsu ala2 Alphard. Cantik dan selesa utk rate sewa Rp275,000 sehari. Murahkan? Selalu diorang kasi Rp300,000 ke Rp400,000 utk jenis kenderaan yg sama jenis.




Destinasi pertama, kami ke Aria Jeans. Toko tempah segala jenis pakaian dan paling femes, tempah Jeans. Kata Pak Ajis, ni kedai yg satu2 di Bandung yg sediakan servis sebegini. Murah punya pasal, aku tempah sehelai sluar Jeans, wife aku satu set jaket dan sluar jeans. Anak2 aku jugak tak lepas peluang sorang sehelai. Total smua Rp700,000. Ok la tu.

Dah abis tempah, kami trus singgah ke Bandung Supermal. Jalan2 kejap sambil mencari2 JCo Donuts. Sambil window shopping dan layan festival Teh Indonesia kat Supermal.

Dr Supermal, kami trus ke Jalan Riau, singgah di STAMP dan jugak HERITAGE. Dua nama Factory Outlet yg sangat femes dan best. Apa yg best? Kat sini korang peminat HardRock Tshirt, bleh dpt design2 yg cantik ooo... Macam2 jenis dan untuk dewasa dan kanak2 skali.



Slepas dinner jam 7.00mlm waktu Indonesia, kami check in hotel. kami pilih Hotel Tiga Intan. Sampai jer hotel, Baju yg kami temopah tadi sudah ready di lobby Hotel... Magickan ??? hehehe,,,
Sekian utk hari pertama di Bandung

Sunday, November 01, 2009

Sarawak Trip - Part4 Last Day


Lepas smua program selesai, kami tukar Hotel lagi. Kali ni ke Tune Hotel,,,
Asal plan, aku ingatkan dah cukup, tp rupernya antara kul 12.00 noon sampai kul 7.00pm aku tak der tempat nak rest. Sib baik smlm sempat booked Tune Hotel. Queen Bed, all inclusive 1 set towel rental for only RM69.00. Ok what... ???



Sementara nak relaks for next 4 hours aku rasa ok la. Kaunter servis Tune Hotel ni ok jer. Bilik OK, cuma rasa sesak pasal tak der tingkap. Satu lagi, aku rasa setiap bilik tak der TV. Memang boring kalau yg jenis nak duk bilik jer. Tp kalau cam nak sewa utk letak brg dan tido malam, aku rasa very practical.
Kami check in kul 2.00pm. Dah masuk, mandi dan smua kepenatan trus ketidoran. Aku jer yg kluar pusing2 town kejap. Tune Hotel ni dekat jer tgk Waterfront. Sekitar tu byk lagi tempat bleh jalan2. Sempat jugak la aku beli DVD. Murah. 3 in 1 DVD cuma RM4 jer...
Lepas masuk saloon cuci dan gunting rambut, trus balik bilik, siap utk dinner dan ke Airport. Sarjan dan ready ambik kitaorang kul 7.00pm. Brg2 pun memang dia packed cantik. Rasa cam kejap lak duk Kuching ni,,, nanti tahun depan kena singga lama sikit. Kena cari Holiday Inn Batang Ai, nak duk stail org asli Sarawak. Mesti best...
Kul 9.00pm naik flight, ngam2 kul 11.00pm selamat sampai LCCT. Penat...

Last Day at Kuching

Hari ni dah last day kat Kuching.

Nak try hotel RM9.99 per nite plak, Tune Hotel. Baru nak check in,,, Any updates, aku bgtau kemudian...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari ni dah last dah kat Kuching, Sarawak.

Pagi2 lagi lepas bfast kat Riverside trus gerak ke Semenggoh. Tempat pemuliharaan Orang Utan. Diorang bukan bela, cuma diorang jaga Orang Utan di sini dan Orang Utan yg ada sekitar 40 ekor di biarkan bebas di dalam hutan. Kata Sarjan tempat ni memang famous di kalangan foreigners.


Dr Kuching makan masa sejam jugak la nak sampai sini. Sorang kena charge Rm4 dan percuma bagi kanak bawah 12 tahun. Sempat gak la tengok 4 - 5 ekor Orang Utan, yg lain tak dpt nak tgk pasal masih liar dan di luar kawalan. Kalau korang nak dtg sini, make sure sampai sebelum kul 9.00am. Pasal ader aktiviti yg diorang buat utk visitors.


Dah abis acara kat Semenggoh kami singgah ke Kilang Pasu Sarawak. Sempat beli 2 - 3 jenis jer, kami gegas plak ke Pasar Satok. Nak cepat pasal hari ni hari Ahad. Pasar Satok akan tutup selepas jam 2.00pm pada hari Ahad. Sib baik Sarjan terer drive dan jalan di area Kuching tak jammed cam KL.


Sempat la beli 5-6 ekor Ikan Terubuk Masin dan nicely packed dlm kotak. Nak beli Udang dan benda lain, aku takut basah plak. Harga memang murah. Last skali baru la kami singgah isi perut. Try Laksa Sarawak kat gerai depan Pasar Satok. Besttt...